Evolusi ketika Perang Dunia Kedua Kapal_perang

Perang Dunia Kedua menyaksikan beberapa perkembangan penting iaitu keutamaan kuasa udara yang menyebabkan pembinaan kapal pengangkut pesawat dan penggunaan kapal selam secara meluas. Pertempuran laut ketika ini berlaku disetiap penjuru lautan dengan berbagai strategi dan taktik baru diperkenalkan.

Pembangunan kapal selam

U-Boat, U-47

Kapal selam mula dibangunkan sebelum Perang Dunia Kedua lagi, bagaimanapun penggunaan yang paling berkesan disaksikan ketika itu hampir melumpuhkan ekonomi Britain dan mengakibatkan kehilangan yang teruk kepada pihak Bersekutu. Kapal selam dicipta lewat kurun ke-19, tetapi hanya menimbulkan kesan setelah digabungkan dengan senjata torpedo. Tugas kapal selam pada awalnya terhad kepada anti kapal berkembang dengan pembangunan periuk api laut, sistem sonar dan torpedo pencari. Kegerunan terhadap armada U-Boat (German: unterseeboot) memaksa pula kapal pengiring direka, antaranya pembinasa pengiring (English: destroyer escort), frigat (frigate) dan korvet (corvette). Nama-nama frigat dan korvet ini kekal digunakan sehingga hari ini.

Pembangunan kapal pengangkut pesawat

Kapal pengangkut pesawat USS Saratoga sekitar tahun 1935

Bermula dengan melancarkan kapal terbang amfibia, kapal pengangkut pesawat mencapai kematangan ketika Perang Dunia Kedua dengan keupayaan melancarkan dan mendaratkan kapal terbang konvensional menggunakan landasan. Setelah terbuktinya keupayaan ofensif kapal pengangkut pesawat dalam serangan Taranto dan Pelabuhan Pearl, ia terus menjadi kapal utama dalam armada angkatan laut. Kebolehannya melancarkan serangan pada jarak jauh di luar jangkauan penglihatan menyebabkan kapal ini mengambil peranan utama, lantas menurunkan kapal tempur kepada peranan sekunder.


Selain dari pembangunan dua jenis kapal tersebut, ketika era ini juga definisi jenis-jenis kapal perang tampak kejelasan dan mudah dikenalpasti. Jenis-jenis kapal era ini mengikut susunan menurun ialah:-
  • Kapal utama (capital ship)
    • Kapal pengangkut pesawat
    • Kapal tempur
    • Kapal kruiser tempur (battlecruiser)
  • Kapal kruiser
    • Kruiser berat (heavy cruiser)
    • Kruiser ringan (light cruiser)
  • Kapal pengiring
    • Pembinasa
    • Frigat
    • Korvet
  • Kapal selam
  • Kapal-kapal lain
    • Kapal penyapu ranjau
    • Kapal bantuan
    • Kapal pendarat